Isnin, 21 Mac 2011

1937 Buggati Type 57SC Atlantik

1937 Bugatti Type 57SC Atlantic tersenarai sebagai kereta klasik termahal di dunia. Kereta tersebut yang kini sedang dipamerkan di Mullin Otomotif Museum di Oxnard, California kononnya telah dibeli pada harga US$30-40 juta atau RM94.4-125.8 juta pada lelongan terkini (harga sebenar tidak didedahkan).



Kereta klasik 1937 Bugatti Type 57SC Atlantic turut dikenal sebagai “Williamson car” itu pada asalnya dimiliki oleh Dr Peter Williamson. Beliau membelinya pada tahun 1971 sebanyak US$59,000. Kereta ini juga pernah menyertai acara Pebble Beach Concours d’Elegance pada tahun 2003 dan mendapat anugerah “Best of Show”



Kalau tengok pada gambar di atas,  kereta Bugatti Type 57SC Atlantic tu nampak macam kepala puppy. Itu yang membuatkannya nampak lebih klasik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan