Ahad, 10 April 2011

Ford Model B (1932)


Ford Model B atau juga dikenali dengan Ford Model 18 atau Ford V-8 mula dikeluarkan pada tahun 1932 dan berakhir pada tahun 1934. Penghasilan model ini banyak dinaik taraf dari Ford Model A dan pengeluaran model ini diganti dengan Ford Model 48. Medel ini dikeluarkan dengan pelbagai bentuk iaitu, 2-door Roadster, 2-door Cabriolet, 2-door Coupe, 2-door Victoria, 2-door Convertible Sedan, 2-door Panel, 2-door Sedan Deliveries, 2-door  Phaeton dan 4-door Phaeton, 4-door Sedan, 4-door “woodie” Station Wagon, 5-Window Coupe, a Sport Coupe (stationary softtop) dan 3-Window Deluxe Coupe.


Model ini dijual dengan harga US$460 untuk jenis Roadster dan Coupe’s dan  US$490 – US$650 untuk jenis Convertible Sedan. Sebanyak 12,597 buah untuk jenis Roadster dihasilkan dan 124,101 buah untuk jenis 2-door Sedan. Jenis Roadster dan Couple lebih diminati oleh pemilik kenderaan kerana ia amat sesuai dengan keadaan semasa dan jenis ini jarang dihasilkan untuk komersial. Model ini merupakan model pertama dengan harga yang murah dengan enjin jenis V-8. Enjin ini boleh menghasilkan 65 kuasakuda (48Kw). Tetapi kuasakuda enjin ini dapat ditingkatkan lagi dengan penambahbaikan pada kaburetor dan palang pencucuh. 


FORD MODEL A ( 1927 – 1931 )


Ford Model A dikeluarkan bermula tahun 1927 dan berakhir pada 1931. Ford Model A lebih dikenali sebagai  A–Model Ford atau A atau A-Bone dikalangan peminat dan juga pemandu. Pengeluaran  model ini merupakan kejayaan kedua Ford Motor Company setelah penghasilan Model T. Model ini mula dikeluarkan pada 20 Oktober 1927 tetapi bukan untuk dijual, sehinggalah 2 Disember 1927. Ini kerana Ford Motor Company ingin menghormati Model T yang telah dihasilkan selama 18 tahun. Selepas itu Model A dihasilkan untuk dipasarkan dengan pelbagai warna kecuali warna hitam.  


Model A ini terus dikeluarkan sehingga tahun 1931, apabila pengeluarannya berakhir pada tahun 1932, terdapat 4,849,340 buah Model A dengan pelbagai reka bentuk. Ia memberikan impak yang positif dan Model B dihasilkan dengan enjin di naik taraf menjadi enjin 4-Slinder. Selepas daripada itu, Model 18 dikeluarkan dan dikenali dengan Ford’s new Flathead 8V Engine.


Model A dijual dengan harga US$385 hingga US$1400 sebagai top-of-the-line ( Town Car ). Dengan  menggunakan penyejuk cecair, enjin L-head 4-Cylinder ini mampu menghasilkan 40 kuasakuda (30Kw). Manakala, dengan muatan minyak sebanyak 25 hingga 30 mpg (US), model ini boleh bergerak sejauh 8 – 12 kilometer per liter atau 8-9L/100KM. Model ini  menggunkan kaburetor jenis Zenith one-barrel up-draft yang boleh menghasilkan kelajuan sebanyak 65 mph (104 km/h). Transmisi model ini ialah 3-speed sliding gear manual dengan 1-speed reverse. Model ini juga mempunyai 4-wheel mechanical drum brakes. 

Datsun DC-3



DATSUN DC-3 adalah sebuah kereta ringan yang dikeluarkan oleh Nissan dan dijual atas nama Dutsun pada tahun 1952. Kereta ini dibina sebelum model kereta sport Fairlady, dan model selepasnya adalah Dutsun S211. Kereta ini dilengkapi dengan enjin Nissan 860 cc 4-selinder yang boleh menghasilkan 20 kuasakuda (15 kW) dengan kelajuan 70 km/jam (43mph). 






Lencana “Dutsun 20” di kereta ini mempunyai maksud yang tersendiri di mana angka 20 itu bermaksud 20 PS. Kereta ini menggunakan 3 transmisi manual dan kuantiti penumpang empat orang sahaja. Namun begitu, hanya 50 buah sahaja dari model ini dibina. Sebuah kenderaan hasil dari model DC-3 adalah model Dutsun Pickup 5147

Nissan Figaro (E-FK10)



Nissan Figaro adalah kereta retro kecil yang dihasikan oleh Nissan dan mula dikeluarkan pada tahun 1991. Pada awal pengeluaranya, kereta ini hanya dijual di Jepun sahaja. Namunbegitu, kereta ini mula diminati oleh pemandu-pamandu dari Inggeris dan Ireland menyebabkan kereta ini popular di sebelah Barat. Kereta ini mempunyai bentuk badan yang hampir sama dengan Dutsun Fairlady keluaran tahun 1960.



Kereta ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 di Tokyo Motor Show di bawah slogan “Kembali Ke Masa Depan”. Kereta ini dikeluarkan dengan empat jenis warna iaitu Mist Topaz, Emerald Green, Pale Aqua dan Lapis Grey. Setiap warna ini melambangkan empat musim yang ada di bumi ini. Walaupun begitu, semasa penjualan, warna Mist Topaz merupakan warna yang paling sedikit dikeluarkan iaitu sebanyak 2000 buah sahaja, kerana warna kurang diminati oleh pembeli.
Hiasan dalaman kereta ini amat cantik dengan kerusi kulit dan dilengkapi dengan AC, CD Player dan Atap Terbuka. Hiasan ini dicipta oleh pemenang reka bentuk kereta Shoji Takahashi.



Kereta ini dilengkapi dengan ejin Nissan MA10ET 1.0L (987cc) Turbocharged, Air-cooled 14, dan 3-speed automatik.