Ahad, 10 April 2011

FORD MODEL A ( 1927 – 1931 )


Ford Model A dikeluarkan bermula tahun 1927 dan berakhir pada 1931. Ford Model A lebih dikenali sebagai  A–Model Ford atau A atau A-Bone dikalangan peminat dan juga pemandu. Pengeluaran  model ini merupakan kejayaan kedua Ford Motor Company setelah penghasilan Model T. Model ini mula dikeluarkan pada 20 Oktober 1927 tetapi bukan untuk dijual, sehinggalah 2 Disember 1927. Ini kerana Ford Motor Company ingin menghormati Model T yang telah dihasilkan selama 18 tahun. Selepas itu Model A dihasilkan untuk dipasarkan dengan pelbagai warna kecuali warna hitam.  


Model A ini terus dikeluarkan sehingga tahun 1931, apabila pengeluarannya berakhir pada tahun 1932, terdapat 4,849,340 buah Model A dengan pelbagai reka bentuk. Ia memberikan impak yang positif dan Model B dihasilkan dengan enjin di naik taraf menjadi enjin 4-Slinder. Selepas daripada itu, Model 18 dikeluarkan dan dikenali dengan Ford’s new Flathead 8V Engine.


Model A dijual dengan harga US$385 hingga US$1400 sebagai top-of-the-line ( Town Car ). Dengan  menggunakan penyejuk cecair, enjin L-head 4-Cylinder ini mampu menghasilkan 40 kuasakuda (30Kw). Manakala, dengan muatan minyak sebanyak 25 hingga 30 mpg (US), model ini boleh bergerak sejauh 8 – 12 kilometer per liter atau 8-9L/100KM. Model ini  menggunkan kaburetor jenis Zenith one-barrel up-draft yang boleh menghasilkan kelajuan sebanyak 65 mph (104 km/h). Transmisi model ini ialah 3-speed sliding gear manual dengan 1-speed reverse. Model ini juga mempunyai 4-wheel mechanical drum brakes. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan