Ahad, 10 April 2011

Nissan Figaro (E-FK10)



Nissan Figaro adalah kereta retro kecil yang dihasikan oleh Nissan dan mula dikeluarkan pada tahun 1991. Pada awal pengeluaranya, kereta ini hanya dijual di Jepun sahaja. Namunbegitu, kereta ini mula diminati oleh pemandu-pamandu dari Inggeris dan Ireland menyebabkan kereta ini popular di sebelah Barat. Kereta ini mempunyai bentuk badan yang hampir sama dengan Dutsun Fairlady keluaran tahun 1960.



Kereta ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 di Tokyo Motor Show di bawah slogan “Kembali Ke Masa Depan”. Kereta ini dikeluarkan dengan empat jenis warna iaitu Mist Topaz, Emerald Green, Pale Aqua dan Lapis Grey. Setiap warna ini melambangkan empat musim yang ada di bumi ini. Walaupun begitu, semasa penjualan, warna Mist Topaz merupakan warna yang paling sedikit dikeluarkan iaitu sebanyak 2000 buah sahaja, kerana warna kurang diminati oleh pembeli.
Hiasan dalaman kereta ini amat cantik dengan kerusi kulit dan dilengkapi dengan AC, CD Player dan Atap Terbuka. Hiasan ini dicipta oleh pemenang reka bentuk kereta Shoji Takahashi.



Kereta ini dilengkapi dengan ejin Nissan MA10ET 1.0L (987cc) Turbocharged, Air-cooled 14, dan 3-speed automatik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan