Ford Model B atau juga dikenali dengan Ford Model 18 atau Ford V-8 mula dikeluarkan pada tahun 1932 dan berakhir pada tahun 1934. Penghasilan model ini banyak dinaik taraf dari Ford Model A dan pengeluaran model ini diganti dengan Ford Model 48. Medel ini dikeluarkan dengan pelbagai bentuk iaitu, 2-door Roadster, 2-door Cabriolet, 2-door Coupe, 2-door Victoria, 2-door Convertible Sedan, 2-door Panel, 2-door Sedan Deliveries, 2-door Phaeton dan 4-door Phaeton, 4-door Sedan, 4-door “woodie” Station Wagon, 5-Window Coupe, a Sport Coupe (stationary softtop) dan 3-Window Deluxe Coupe.
Model ini dijual dengan harga US$460 untuk jenis Roadster dan Coupe’s dan US$490 – US$650 untuk jenis Convertible Sedan. Sebanyak 12,597 buah untuk jenis Roadster dihasilkan dan 124,101 buah untuk jenis 2-door Sedan. Jenis Roadster dan Couple lebih diminati oleh pemilik kenderaan kerana ia amat sesuai dengan keadaan semasa dan jenis ini jarang dihasilkan untuk komersial. Model ini merupakan model pertama dengan harga yang murah dengan enjin jenis V-8. Enjin ini boleh menghasilkan 65 kuasakuda (48Kw). Tetapi kuasakuda enjin ini dapat ditingkatkan lagi dengan penambahbaikan pada kaburetor dan palang pencucuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan