Ahad, 10 April 2011

Ford Model B (1932)


Ford Model B atau juga dikenali dengan Ford Model 18 atau Ford V-8 mula dikeluarkan pada tahun 1932 dan berakhir pada tahun 1934. Penghasilan model ini banyak dinaik taraf dari Ford Model A dan pengeluaran model ini diganti dengan Ford Model 48. Medel ini dikeluarkan dengan pelbagai bentuk iaitu, 2-door Roadster, 2-door Cabriolet, 2-door Coupe, 2-door Victoria, 2-door Convertible Sedan, 2-door Panel, 2-door Sedan Deliveries, 2-door  Phaeton dan 4-door Phaeton, 4-door Sedan, 4-door “woodie” Station Wagon, 5-Window Coupe, a Sport Coupe (stationary softtop) dan 3-Window Deluxe Coupe.


Model ini dijual dengan harga US$460 untuk jenis Roadster dan Coupe’s dan  US$490 – US$650 untuk jenis Convertible Sedan. Sebanyak 12,597 buah untuk jenis Roadster dihasilkan dan 124,101 buah untuk jenis 2-door Sedan. Jenis Roadster dan Couple lebih diminati oleh pemilik kenderaan kerana ia amat sesuai dengan keadaan semasa dan jenis ini jarang dihasilkan untuk komersial. Model ini merupakan model pertama dengan harga yang murah dengan enjin jenis V-8. Enjin ini boleh menghasilkan 65 kuasakuda (48Kw). Tetapi kuasakuda enjin ini dapat ditingkatkan lagi dengan penambahbaikan pada kaburetor dan palang pencucuh. 


FORD MODEL A ( 1927 – 1931 )


Ford Model A dikeluarkan bermula tahun 1927 dan berakhir pada 1931. Ford Model A lebih dikenali sebagai  A–Model Ford atau A atau A-Bone dikalangan peminat dan juga pemandu. Pengeluaran  model ini merupakan kejayaan kedua Ford Motor Company setelah penghasilan Model T. Model ini mula dikeluarkan pada 20 Oktober 1927 tetapi bukan untuk dijual, sehinggalah 2 Disember 1927. Ini kerana Ford Motor Company ingin menghormati Model T yang telah dihasilkan selama 18 tahun. Selepas itu Model A dihasilkan untuk dipasarkan dengan pelbagai warna kecuali warna hitam.  


Model A ini terus dikeluarkan sehingga tahun 1931, apabila pengeluarannya berakhir pada tahun 1932, terdapat 4,849,340 buah Model A dengan pelbagai reka bentuk. Ia memberikan impak yang positif dan Model B dihasilkan dengan enjin di naik taraf menjadi enjin 4-Slinder. Selepas daripada itu, Model 18 dikeluarkan dan dikenali dengan Ford’s new Flathead 8V Engine.


Model A dijual dengan harga US$385 hingga US$1400 sebagai top-of-the-line ( Town Car ). Dengan  menggunakan penyejuk cecair, enjin L-head 4-Cylinder ini mampu menghasilkan 40 kuasakuda (30Kw). Manakala, dengan muatan minyak sebanyak 25 hingga 30 mpg (US), model ini boleh bergerak sejauh 8 – 12 kilometer per liter atau 8-9L/100KM. Model ini  menggunkan kaburetor jenis Zenith one-barrel up-draft yang boleh menghasilkan kelajuan sebanyak 65 mph (104 km/h). Transmisi model ini ialah 3-speed sliding gear manual dengan 1-speed reverse. Model ini juga mempunyai 4-wheel mechanical drum brakes. 

Datsun DC-3



DATSUN DC-3 adalah sebuah kereta ringan yang dikeluarkan oleh Nissan dan dijual atas nama Dutsun pada tahun 1952. Kereta ini dibina sebelum model kereta sport Fairlady, dan model selepasnya adalah Dutsun S211. Kereta ini dilengkapi dengan enjin Nissan 860 cc 4-selinder yang boleh menghasilkan 20 kuasakuda (15 kW) dengan kelajuan 70 km/jam (43mph). 






Lencana “Dutsun 20” di kereta ini mempunyai maksud yang tersendiri di mana angka 20 itu bermaksud 20 PS. Kereta ini menggunakan 3 transmisi manual dan kuantiti penumpang empat orang sahaja. Namun begitu, hanya 50 buah sahaja dari model ini dibina. Sebuah kenderaan hasil dari model DC-3 adalah model Dutsun Pickup 5147

Nissan Figaro (E-FK10)



Nissan Figaro adalah kereta retro kecil yang dihasikan oleh Nissan dan mula dikeluarkan pada tahun 1991. Pada awal pengeluaranya, kereta ini hanya dijual di Jepun sahaja. Namunbegitu, kereta ini mula diminati oleh pemandu-pamandu dari Inggeris dan Ireland menyebabkan kereta ini popular di sebelah Barat. Kereta ini mempunyai bentuk badan yang hampir sama dengan Dutsun Fairlady keluaran tahun 1960.



Kereta ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 di Tokyo Motor Show di bawah slogan “Kembali Ke Masa Depan”. Kereta ini dikeluarkan dengan empat jenis warna iaitu Mist Topaz, Emerald Green, Pale Aqua dan Lapis Grey. Setiap warna ini melambangkan empat musim yang ada di bumi ini. Walaupun begitu, semasa penjualan, warna Mist Topaz merupakan warna yang paling sedikit dikeluarkan iaitu sebanyak 2000 buah sahaja, kerana warna kurang diminati oleh pembeli.
Hiasan dalaman kereta ini amat cantik dengan kerusi kulit dan dilengkapi dengan AC, CD Player dan Atap Terbuka. Hiasan ini dicipta oleh pemenang reka bentuk kereta Shoji Takahashi.



Kereta ini dilengkapi dengan ejin Nissan MA10ET 1.0L (987cc) Turbocharged, Air-cooled 14, dan 3-speed automatik. 

Isnin, 21 Mac 2011

1937 Buggati Type 57SC Atlantik

1937 Bugatti Type 57SC Atlantic tersenarai sebagai kereta klasik termahal di dunia. Kereta tersebut yang kini sedang dipamerkan di Mullin Otomotif Museum di Oxnard, California kononnya telah dibeli pada harga US$30-40 juta atau RM94.4-125.8 juta pada lelongan terkini (harga sebenar tidak didedahkan).



Kereta klasik 1937 Bugatti Type 57SC Atlantic turut dikenal sebagai “Williamson car” itu pada asalnya dimiliki oleh Dr Peter Williamson. Beliau membelinya pada tahun 1971 sebanyak US$59,000. Kereta ini juga pernah menyertai acara Pebble Beach Concours d’Elegance pada tahun 2003 dan mendapat anugerah “Best of Show”



Kalau tengok pada gambar di atas,  kereta Bugatti Type 57SC Atlantic tu nampak macam kepala puppy. Itu yang membuatkannya nampak lebih klasik.



Khamis, 17 Mac 2011

Nissan Be-1






  • Pengeluar : Nissan Motor
  • Pengeluaran 1989 1989
  • Bentuk Ruang : FF Layout
  • Kuasa Enjin : 1.0 L (987 cc) jenis MA10S
  •  Transmisi : 3-speed automatik , 5-speed manual
  • Jarak Roda : 2,300 mm (90.6 in)
  • Panjang  : 3,635 mm (143.1 in)
  • Lebar :  1,580 mm (62.2 in)
  • Tinggi 1,420 mm (55.9 in)
  • Pereka Bentuk : Yoshiro Kobata
  • Ground clearance: 165 mm (6.5 in)

  • Tapak Depan: 1.365 mm (53,7 in)
  • Tapak belakang: 1,350 mm (53,1 in)
  • Berat Kasar: MT 945 kg (w / kanvas atas 955 kg), AT 975 kg (w / kanvas atas 985 kg)
  • Kapasiti: 5 orang
  • Minimum balik radius: 4,4 m (14 kaki)
  • Konsumsi bahan bakar (menurut pemerintahan Jepun 10,15): (5MT) 20.5 km / L (48,2 mpg); (3AT) 16,5 km / L (38,8 mpg); (w 3AT / atas kanvas) 15,0 km / L (35.3 mpg)
  • Konsumsi bahan bakar di km 60 stabil / h (37 mph): (5MT) 31.4 km / L (73,9 mpg); (3AT) 25,4 km / L (59.7 mpg)
  • Kjenis Enjin : MA10S
  • Penyejuk : OHC inline-4 silinder
  • Diameter x Langkah: 68,0 mm x 68,0 mm (2,68 x 2,68 di)
  • Nisbah mampatan: 9,5
  • Kuasa Maksimum : 52 PS (38 kW) pada 6000 rpm
  • Kekuatan : 7.6 kgf · M (75 N m/101 ft lbf) pada 3600 rpm
  • Kawalan Kaburetor Elektronik (ECC)
  • Kapasiti tangki bahan bakar: tangki biasa, 40 L (10,6 US gal)
  • Rack dan kemudi sayap
  • Suspensi belakang : independent, 4 link jenis kumparan
  • Suspensi depan: struts
  • Brek cakera depan dan belakang
  • Saiz Tayar : depan dan belakang 165/70R12
  • Nota : Bahagian atas berkanvas boleh dibuka secara automatic, dicipta pada bulan Mac 1987.
  • Warna: Labu Kuning, Tomato Merah, Hydrangea Biru, Bawang Putih (semua dengan interior hitam) 

Dutsun Cherry / Nissan Cherry

Dutsun cherry adalah jenis kereta kecil yang dicipta oleh syarikat Nissan. Kereta ini merupakan model pertama untuk keluaran front-wheel-drive. Cherry mempunyai layout FF di mana sebelah depannya adalah enjin. Daripada model cherry ini, maka lahirlah dua model cherry iaitu Nissan Cherry E10 dan Nissan Cherry F10.












Nissan Cherry E10 telah dibina pada tahun 1970 – 1974. Nissan Cherry E10 juga dikenali dengan nama Datsun 1000, Datsun 100A, Datsun 120A. Kereta ini dilengkapi dengan dua jenis enjin OHV empat slinder Nissan siri-A iaitu 988 cc A10 dan 1171 cc A12. Nissan Cherry juga berbeza antara satu sama lain di mana kereta ini mempunyai empat jenis, 2-pintu sedan,  4-pintu sedan, 3-pintu hatchback dan 2-pintu coupe. Kereta ini mempunyai  4-speed manual jenis synchromesh. Kereta ini mempunyai  jarak roda sajauh 92 in (2337 mm), 142 di (3607 mm) panjang, 58 in (1473 mm) lebar dan 54.375 in (1381 mm) tinggi.






Nissan Cherry F10 telah dibina pada tahun 1974 – 1978. Kereta ini juga dikenali dengan nama Dutsun F-II, Dutsun F10, Dutsun 100A F- II dan Dutsun 120A F-II. Kereta ini dilengkapi dengan tiga jenis enjin OHV empat slinder iaitu, 988 cc A10, 1171 cc A12 dan 1397 cc A14. Kereta ini mempunyai empat bentuk, 2-pintu sedan, 4-pintu sedan, 3-pintu station wagon dan 2-pintu coupe.

Khamis, 27 Januari 2011

Sejarah Block Camaro

Chevrolet Camaro merupakan kereta yang dihasilkan oleh General Motor dan Ford Motor Company di bawah jenama Chevrolet. Kereta ini diklasifikasikan sebagai kereta kuda poni dan juga beberapa nama lain iaitu sebagai kereta otot. Kereta ini dijual pada 29 September 1966 bagi model tahun 1967. Kereta ini direka sebagai model untuk bersaing dengan Ford Mustang. Namun begitu, kedua-dua jenis ini berkongsi beberapa bahgian utama dengan Pontiac Firebird, di mana ianya diperkenalkan untuk model keluaran tahun 1967.


Empat generasi yang berbeza dari Camaro dibina sebelum pengeluaran kereta ini berakhir. Tetapi, pada tahun 2002, nama Camaro telah diberikan kepada sebuah kereta moden sekaligus menjadikan ia sebagai Camaro generasi kelima. Pengeluaran ini bermula pada 16 Mac 2009.